Melawan & Bela Diri Lepas Dihina Pelanggan, Rider Pasrah Sudah Digantung Kerja
Walaupun terpaksa mencari lokasi sebenar selama 1 jam, food rider bernama Muhd Yusuf tetap berusaha menghantar pesanan kepada pelanggan yang sudah tersalah pin location. Malang sekali, dia kemudiannya dimarah dengan nada hinaan kononnya culas membuat kerja. Mujur sahaja bukti kejadian itu sempat dirakamkan lalu dimuat naik ke TikTok.
Nanti kalau tak ambil video, dia buat hal sama pada rider lainMenurut laporan, Muhd Yusuf hanya berharap semoga pelanggan terbabit boleh datang meminta maaf atas kesalahannya. Mengenangkan maruahnya ibarat dipijak-pijak walhal sudah menjalankan kerja dengan baik, sebab itulah dia melawan semula tanpa rasa gentar.Pihak pengurusan tempat pelanggan itu bekerja telah membuat permohonan maaf kepada Yusuf. Malah atas gesaan ramai, mereka juga sudah mengenakan tindakan disiplin sewajarnya dan menafikan mempunyai kerjasama dengan syarikat penghantaran makanan terbabit.Meskipun hanya berniat membela diri, pun begitu lelaki berusia 27 tahun ini berkongsi kisah sedih terbaru. Difahamkan dirinya sudah pun digantung kerja akibat penularan video pertelingkahan tempoh lalu. Pasrah dengan ketetapan Allah, netizen memberikan sokongan padu kepada Yusuf termasuklah yang menawarkan peluang pekerjaan baru buatnya.-MataJingga.Net
0 Response to "Melawan & Bela Diri Lepas Dihina Pelanggan, Rider Pasrah Sudah Digantung Kerja"
Catat Ulasan