(video) “Sejuk perut ibu mengandung” Ulang Alik Masuk Kedai, Tindakan Anak Muda Terhadap Gelandangan Ini Raih Pujian Netizen

(video) “Sejuk perut ibu mengandung” Ulang Alik Masuk Kedai, Tindakan Anak Muda Terhadap Gelandangan Ini Raih Pujian Netizen
“Sejuk perut ibu mengandung” Itu antara komen netizen selepas menonton video sekumpulan remaja menghadiahkan sepasang selipar baharu kepada seorang warga emas berbangsa Cina yang kelihatan seperti gelandangan.
Berdasarkan rakaman yang tular di media sosial itu, warga emas berkenaan didapati sedang duduk di hadapan pintu masuk sebuah kedai barangan serbaneka popular.
Dia kemudian disapa oleh sekumpulan remaja yang terdiri daripada empat orang lelaki berusia lingkungan belasan tahun dengan tiga daripada mereka memakai baju melayu warna sedondon.
Menerusi rakaman tersebut, warga emas terbabit menunjukkan selipar yang dipakainya kepada kumpulan tersebut.
Beberapa minit kemudian kelihatan salah seorang remaja lelaki datang membawa selipar dari dalam kedai dan meminta warga emas berkenaan untuk mencuba.
Tingkah laku bersahaja remaja tersebut cukup menyentuh hati apabila dia bukan hanya memberikan selipar untuk dicuba tetapi turut memegang kaki warga emas terbabit bagi melihat sendiri kesesuaian saiz. Malah, remaja terbabit beberapa kali dilihat berulang-alik keluar dan masuk bagi mendapatkan saiz yang tepat.
Perkongsian itu kemudiannya diulang kicau lebih 8,000 pelayar Twitter selain mendapat kira-kira 13,000 tanda suka.
Rata-rata netizen memuji tingkah laku sekumpulan remaja berkenaan selain mengucapkan tahniah kepada ibu dan bapa mereka kerana pandai mendidik anak.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "(video) “Sejuk perut ibu mengandung” Ulang Alik Masuk Kedai, Tindakan Anak Muda Terhadap Gelandangan Ini Raih Pujian Netizen"

Catat Ulasan