Kerana M!skin, Keluarga lni Dipaksa Turun Dari Bas Sebelum Sampai Ke Destinasi – Hanya Kerana Anak Menangis DaIam Bas
Gara-gara anak menangis terlalu kuat, pasangan suami isteri yang berasal dari keluarga m!skin dan bersama dua orang anaknya dipaksa turun dari bas, atas alasan menganggµ para penumpang yang lain.Dalam kejadian lewat malam Ahad di daerah Cha-am, wilayah Phetchaburi itu, keluarga berkenaan dalam perjalanan Koh Samui di wilayah Surat Thani untuk bekerja. Mereka membawa empat buah beg dan wang tunai 500 baht.Mongkol Thongboran, bapa kepada dua kanak-kanak itu berkata, anak lelakinya yang berusia dua tahun menangis kira-kira 30 minit kerana takµt dan ia merupakan pengalaman pertama kalinya menaiki bas. Mongkol telah menjelaskan perkara itu kepada para penumpang bas berkenaan dan mereka memahami situasi anak kecil berkenaanNamun attendan bas, Wanchai Kaeocharoen terpaksa menurunkan mereka kerana anak kecilnya menangis berterusan sehingga menganggu pemandu dan ada aduan dari penumpang lain termasuk pelancong asing yang tidak dapat tidur.Bas berkenaan berhenti di sebuah stesen minyak yang berdekatan sebuah hotel dan keluarga miskin itu dipaksa turun.Mongkol berkata, jika pemandu bas itu menunggu dia menenangkan anaknya seketika sekitar 5-10 minit, pasti anaknya dapat ditenangkan dan masuk semula ke bas tersebut.Dengan berbekalkan wang yang ada, Mongkol terpaksa membawa keluarganya menginap di hotel berdekatan dan baki wang yang tinggal hanya 25 baht. Dalam keadaan terdesak, dia terpaksa meminta ahli keluarganya memindahkan wang ke akaun banknya agar mereka dapat meneruskan perjalanan ke Koh Samui.Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Darat, Sanit Promwong berkata, pemandu bas dan attendan syarikat bas Transport Co. terbabit didenda sebanyak 5,000 baht kerana telah menyinggung perasaan penumpang berkenaan dan melanggar undang-undang pengangkutan darat.Dua pekerja terbabit juga mungkin akan dikenakan tindakan disiplin. Sementara itu keluarga terlibat akan diberi pampasan kerana terpaksa menanggung kos tambahan untuk penginapan dan mendapatkan pengangkutan seterusnya bagi sampai ke destinasi.Dalam apa jua situasi, kita sebagai orang dewasa harus bersabar dengan karenah anak-anak keciI.-MataJingga.Net
0 Response to "Kerana M!skin, Keluarga lni Dipaksa Turun Dari Bas Sebelum Sampai Ke Destinasi – Hanya Kerana Anak Menangis DaIam Bas"
Catat Ulasan