Anak ramai, dengan perut lapar menyusu anak 5 bulan. Menitik-nitik air mata dapat suami takde hati perut
Kali ni aku cadang nak gadaikan barang kemas yang ada. Aku dah cari sewa lori tumpang dalam 1k. Naik bas 4 seat dalam RM300. Aku nak cari kerja, pindahkan sekolah anak, uruskan penceraian. Tapi ini hanya rancangan aku sahaja. Anak sulung aku rapat dengan suami..#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Sepatutnya hari ni aku balik kampung untuk jumpe keluarga dekat utara. Kali terakhir balik raya hari tu sebelum aku bersalin. Tapi macam biasalah, tiap kali plan nak balik kampung aku, suami akan mula cari g4duh, tak bertegur.Banyak kali dah macam tu. Aku jarang sangat dapat balik sebab jauh. Aku sekarang berada di selatan. Pernah dulu aku dah siap kemas semua, suami buat relax je. Aku yang siapkan kemas semua, siapkan anak – anak, kemas baju, tunggu suami masih belum siap.Aku dah masukkan semua barang – barang dalam kereta. Suami check baju – baju dia. Aku bawakan yang biasa dia pakai tapi dia jadi merajuk buat – buat kemas baju – baju dia balik. Dia cakap aku pilih baju buruk – buruk je untuk balik kampung,Aku bagitau, suruh dia pilih la baju sendiri sebab selalu aku bawakan baju – baju baru tu dia tak pakai pun sebab tak selesalah, kain panaslah, pendeklah. Lepas tu dia pakai baju lama juga. Dia keluarkan semua baju dia dekat rak pakaian dia lipat semua baju dia. Dia buat taktau je.Aku ni sibuk kelam kabut urus semua sebab janji nak balik pagi. Dah lewat ni aku tunggu lama sangat dia kemas. Bila aku tanya, “nak balik ke tak ni?” Dia diam je. Lepas tu g4duh dan dia pergi tido. Hmmm, aku ni ntah la berape kali naik malu dengan keluarga sendiri terp4ksa bagitau tak tau jadi balik ke tak sebab g4duh.Keluarga aku dah tertunggu – tunggu. Masa akak aku kahwin, aku balik kampung dia tak tolong ape pun hanya tidur dalam bilik. Aku yang urus anak – anak, dengan nak tolong untuk majlis akak lagi. Masalahnya suami siap bawa anak sulung aku pergi mcd makan aiskrim bila dah setel semua majlis nak balik rumah.Macam biasa aku yang kemas semua dan siapkan anak – anak. Perjalanan 6 – 8jam, dalam kereta dia dah pesan sampai je rumah nanti masak. Lepas tu esok dia nak bawa bekal pergi kerja. Kami sampai rumah dah malam, sambil masak sambil nangis.Sedihnye ya Allah masa tu. Dengan letih tolong majlis kahwin akak, letih kemas – kemas barang balik kampung nak balik rumah kemas lagi. Dengan urus anak – anak lagi. Cuti 3 hari je. Jumaat balik kampung, Sabtu majlis, hari Ahad dah gerak balik rumah.Memang tak sempat nak rehat. Dengan perut lapar menyusu baby 5 bulan. Laju menitik – nitik air mata masa masak. Takde hati perut langsung suami. Dia tau aku penat dan dia sengaja tambah penat aku sebagai baIasan dia dah penat drive balik kampung aku. Dah keluarkan duit untuk balik kampung aku.Kali ni g4duh sebab dia cakap aku meyusahkan dia, tak membantu dia cari duit dia cakap. Dia suruh aku kerja, aku buat bisnes kecik – kecik. Kadang – kadang ada sales kadang – kadang takde. Ade duit aku bayarkan yuran sekolah anak, van sekolah, beli barang dapur.Kalau takde duit memang aku tak dapat nak bayarkan apa – apa. Anak kami dah 4 orang. Kalau kerja, gaji aku habis bayar pgasuh, bayar makan dan minyak kerta pergi kerja. Sebab tu aku berhenti kerja buat bisnes sendiri.Suami pula baru berhenti kerja sebab ada masalah dengan management. Dia pun kerja sendri, driver grab. Ada hari hasil kurang dia mula nak marah – marah, bad mood dan mula cari salah aku. Cakap aku tak bantu dan menyusahkan.Dah 3 hari kami tak bertegur. Daripada aku seronok nak balik kampung terus jadi takde mood, serabut. Asal nak balik kampung aku je mesti mata aku b3ngkak nangis. Dah lama aku sabar, dah lama aku nekad nak cerai.Orang cakap senang la cerai je. Aku jauh dari keluarga, tinggal sorang – sorang je kt sini. Transport takde, duit takde. Aku nak balik sendiri kena naik bas. Pergi terminal kena naik grab, dengan bawa 4 orang anak kecik perjalanan 6 – 8jam. Yang sulung baru 6 tahun yang bongsu baru 5 bulan.Barang – barang bisnes aku kat sini macam mana nak bawa balik kampung. Nak kena sewa lori, urusan sekolah anak lagi nak uruskn, urusan pejabat agama lagi. Borang dah print bila nak isi banyak yang aku tak tau prosedur, nak cop dan bayaran lagi.Bukan senang aku nak ke sana sini. Bukan boleh tinggalkan baby dan anak – anak kecik, tambah lagi kend3raan pun takde. Takkan nak usung semua anak – anak naik grab ke hulu hilir. Duit pun takde nak bayar grab dan macam – macam urusan.Pernah dulu aku nak bawa anak – anak balik kampung sendiri. Berg4duh berebut anak – anak dengan suami. Anak sulung aku nangis sebab rapat dengan ayah dia. Benda ni yang aku pikir. Betullah kenapa ramai yang cakap masih bertahan dalam perkahwinan sebab anak – anak.Tak sampai hati nak pisahkan anak dari kasih sayang ayah dia. Membayangkan hidup anak – anak tanpa ayah di sisi. Banyak dengar luahan anak – anak yang tersiksa tekanan bila ibubapa bercerai buat aku takut pikirkan nasib anak – anak aku.Kali ni aku cadang nak gadaikan barang kemas yang ada. Aku dah cari sewa lori tumpang dalam 1k. Naik bas 4 seat dalam 300. Terp4ksa nanti minta tolong adik – adik belikan tiket bas online dan bayarkan duit sewa lori dulu.Nanti sampai kampung baru aku gadaikan barang kemas yang ada ganti balik. Tumpang tinggal rumah mak, anak – anak mak setuju nak tolong jaga. Aku nak cari kerja, pindahkan sekolah anak, uruskan penceraian. Bila dah stabil nanti aku nak pindah cari rumah sewa sendiri tapi masih minta tolong mak jagakan anak – anak.Cuma taknak anak – anak sepahkan rumah mak, taknak ganggu mak lepas aku habis kerja. Biar mak ada masa rehat. Ini apa yang aku rancang. Taktau la kesudahannya macam mana sebab aku pikir takkan la sampai bila – bila aku nak tanggung d3rita.Ini baru sebahagian kecil kisah perit. Ada banyak lagi kisah duka sepanjang perkahwinan aku yang buat aku dah tak tahan dah tak sanggup nak hadap. Terima kasih yang sudi baca luahan hati aku sampai habis walaupun panjang.Tolong doakan aku kuat dan dipermudahkan urusan. Aku harap aku mampu besarkan anak – anak aku sendiri dengan baik. Dan doakan aku dapat hidup bahagia dengan anak – anak aku.
SUMBER-MataJingga.Net
0 Response to "Anak ramai, dengan perut lapar menyusu anak 5 bulan. Menitik-nitik air mata dapat suami takde hati perut"
Catat Ulasan