Miliki Hotel Mewah 42 Tingkat Tengah Bandar KL, Inilah Pemiliknya Jutawan ‘Low Profile’

Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan seseorang individu kepandaian menggunakan kesempatan yang terhidang depan mata.
Setiap kali mendengar kejayaan orang lain, pastinya ia memberikan inspirasi dan mendorong bagi mengikuti jejak langkahnya.
Datuk Mohd Khay Ibrahim, jutawan ‘l0w pr0file’ dari Kampung Baru, antara kampung yang masih wujud di tengah kota metropolitan Kuala Lumpur.
Menurut laman web rasmi ZIKAY, beliau memiliki kemahiran yang kukuh dalam bidang perniagaan sejak zaman kanak-kanak lagi.
Kini beliau adalah Pengarah Urusan Kumpulan ZIKAY Group Berhad iaitu sebuah en.titi Bumiputera yang mengkhusus dalam pelbagai struktur ek0nomi dan perniagaan yang berpusat di tengah-tengah Kuala Lumpur.
Berbakti kepada masyarakat sentiasa menjadi amalan berterusan. Sumbangan dan penglibatan aktif beliau dalam pelbagai pertubuhan dan acara amal disalurkan melalui Yayasan ZIKAY (ZIKAY F0undation) yang menangani keperluan untuk pendidikan yang betul dan keadaan hidup yang lebih baik.
Selain itu, Mohd Khay Ibrahim mengangg0tai beberapa badan awam dan swasta seperti pengerusi Lembaga Penasihat Perbadanan Pembangunan Kampung Bharu, Pengerusi Yayasan ZIKAY, ahli lembaga pengarah Perbadanan Pembangunan Kampung Bharu , ahli lembaga pengarah Tabung Pendidikan 1 Bilion untuk Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan ahli lembaga pengarah Kolej Yayasan Melaka.
Siapa sebenarnya jutawan ini? Beliau adalah bapa kepada lima orang cahaya mata yang mana kesemua anak lelakinya menghafal Al-Quran dan mempelajari ilmu agama dengan mendalam.
Malah beliau turut melaksanakan amalan membaca Al-Quran dan terjemahan di syarikatnya pada setiap pagi, sejak berbelas tahun dahulu.
Siapa menyangka beliau adalah pemilik sebuah h0tel setinggi 42 tingkat di Kampung Baru. Hotel Tamu Hotel & Suites bertaraf 4 bintang yang terletak di Jalan Raja Abdullah dan Jalan Raja Alang, Kuala Lumpur milik jutawan ‘l0w pr0file’ ini.
Pembinaan hotel itu jelas membuktikan tanah pegangan Melayu boleh dibangunkan menjadi hartanah yang bernilai tinggi.
“Pada mulanya, ada yang kata saya tidak waras. Siapa nak percaya orang Melayu boleh dirikan bangunan bukan 10 atau 20 tingkat tetapi 42 tingkat.
“Pada mulanya, ada yang kata saya tidak waras. Siapa nak percaya orang Melayu boleh dirikan bangunan bukan 10 atau 20 tingkat tetapi 42 tingkat.
“Ada juga yang tak percaya pr0jek saya ini boleh siap,” katanya yang berpengalaman 30 tahun dalam bidang pembangunan hartanah.
Beliau berkata apabila Hotel Tamu & Suites siap dibina, nilai hartanah berdekatan akan meningkat sebanyak 50%.
Mohd. Khay memilih untuk mewujudkan jenama h0tel tersendiri daripada mengambil jenama hotel antarabangsa yang sudah p0pular kerana tidak mahu terikat dengan piawaian yang ditentukan pihak berkenaan.
Pembinaan hotel itu mene.lan kos pembinaan RM200 juta yang dilengkapi 276 bilik serta 129 servis suite di hadapan Masjid Jamek Kampung Baru pada tahun 2018.
Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.
Tiada kejayaan yang dicapai dalam sekelip mata. Tentunya banyak peng0rbanan dan ca.baran yang dilalui beliau untuk berada di tahap ini.
Kejayaan beliau boleh dijadikan motivasi buat kita yang Bumiputera juga berupaya duduk sebaris dengan dunia k0rporat dengan pelbagai kaum lain tanpa perlu meng0rbankan prinsip Islam yang kita sanjung.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Miliki Hotel Mewah 42 Tingkat Tengah Bandar KL, Inilah Pemiliknya Jutawan ‘Low Profile’"

Catat Ulasan