Jalan Kimanis-Keningau
"Peringatan bila guna jalan Kimanis-Keningau-Kimanis kepada pemandu yang selalu drive jalan ini...kesimpulannya
1. kereta mesti kondisi paling baik
2. pemandu ada pengalaman....
3. rehat yang cukup dan fizikal berada dlm keadaan yang tiptop
Kereta yang sudah rosak water pump jangan sekali kali dipandu mendaki Jalan Kimanis. Kereta tersebut mudah naik suhu panas, iaitu bila heat exchange tidak lagi efisien bila water pump rosak atau tidak laju berpusing.
Kedua, awasi jangan sekali kali membrek berpanjangan tak henti henti, kerana brek kereta boleh menjadi terlalu panas kerana friction lalu tidak lagi berfungsi, Akibatnya brek boleh jammed atau meletup. Ini sudah tentu menyebabkan.kemalangan.
Ketiga, ketiga kabus sangat tebal, lebih elok berhenti tempat yang luas dan selamat dan pasang lampu kecemasan. Memaksa diri memandu dalam.keadaan jarak penglihatan sangat terhad juga boleh menyebabkan.kemalangan.
Keempat, bagi orang yang pertama sekali memandu ikut jalan Kimanis-Keningau, elok bawa kawan yang sudah berpengalaman memandu ikut jalanraya tersebut.
Ini pengalaman sendiri pemandu yang sudah banyak kali ikut jln tersebut, sama ada memandu sendiri atau ikut driver.
Pendek kata, jalanraya itu memang mencabar memandangkan topografinya yang ekstrim bagi pembinaan jalan raya.
0 Response to "Jalan Kimanis-Keningau"
Catat Ulasan